Silicon Valley Bank (SVB) suatu ketika dahulu sangat berjaya dalam memenuhi keperluan syarikat teknologi secara khusus. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, SVB telah mengalami kemerosotan yang ketara disebabkan oleh terlalu bergantung pada industri teknologi, kehilangan bahagian pasaran kepada pesaing, dan menghadapi skandal dan kontroversi yang telah merosakkan reputasinya.
Walaupun begitu, SVB masih mempunyai asas pelanggan yang besar dan kekal sebagai pemain penting dalam ruang kewangan teknologi, tetapi ia perlu menyesuaikan diri dan berkembang untuk kekal berdaya saing pada masa hadapan.
HSBC sah beli silicon valley bank uk dengan nilai £1
HSBC bertindak pantas utnk menyelamatkan Silikon Valley Bank (SVB) UK daripada mengalami krisis lebih dalam dengan mengumumkan pembelian bank tersebut pada harga £1 (RM5.44) pada hari isnin.
meskipun begitu, aset dan liabiliti syarikat induk SVB UK dikecualikan daripada urus niaga tersebut.
Penjualan bank itu telah disokong oleh Menteri kewangan UK, Jeremy Hunt untuk mengelakkan kerajaan daripada perlu membuat campur tangan besar untuk melindungi pendeposit seperti dilakukan Federal Reserve.
Perkara tersebut diumumkan oleh Hunt dalam satu ciapan di laman twitter nya, mengatakan yang,
“kerajaan dan Bank Of England (BOE) telah memudahkan penjualan persendirian SVB UK kepada HSBC. Ekoran daripada itu juga, deposit akan dilindungi tanpa sokongan pembayar cukai, ujar menteri kewangan itu.”
Rentetan daripada langkah tersebut, Hunt ngatakan bahawa beliau telah menunaikan janjinya untuk melindungi sektor tekonologi di negara itu.
Selain Jeremy Hunt, misi menyelamat itu melibatkan Perdana Menteri Rishi Sunak, menteri City Andrew Griffith, gabenor BOE Andrew Bailey dan Sam Woods dari Pihak Berkuasa Peraturan Prudential.
Harga bitcoin pula naik?
Pada masa yang sama bitcoin pula mengambil kesempatan di atas kejatuhan svb dan silvergate. Bitcoin whale telah menunjukkan bahawa mereka masih memegang market bitcoin.
Harga bitcoin telah naik dengan mendadak lebih kurang pada pukul 11.30 malam. Kenaikan harga bitcoin naik sebanyak 18% pada 13 Mac.
Penulis Artikal: Danny.F