Walaupun harga BTC jatuh di bawah $20,000 hanya untuk seketika pada 10 Mac, harga semasa artikel ini ditulis masih menunujukkan harga BTC cuba mengekalkan harga $20,000.
Bitcoin jatuh di bawah $20,000 untuk kali pertama dalam hampir dua bulan, menyusuli anggaran terkini dari Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan keruntuhan “bank-kripto” Silvergate.
Bitcoin memulakan permulaan yang cemerlang pada tahun 2023 tetapi jatuh sebanyak 5% dalam masa yang singkat pada 3 Mac disebabkan oleh ketidakpastian di Silvergate. Harga nampaknya tidak dapat meningkat sejak itu.

Pengumuman bahawa Bank Silvergate, salah satu bank utama di Amerika Syarikat yang memberi perkhidmatan kepada syarikat-syarikat kripto, telah memasuki likuidasi secara sukarela pada 8 Mac telah muncul sebagai kemungkinan halangan yang kuat untuk industri kripto.
Sementara itu, satu kertas penjelasan belanjawan tambahan pada 9 Mac mengungkapkan bahawa miner kripto Amerika Syarikat mungkin akan dikenakan cukai sebanyak 30% ke atas kos elektrik di bawah cadangan belanjawan Biden yang bertujuan untuk “mengurangkan aktiviti mining”.
Penulis Artikel: Awis Q