Bitcoin hanya perlu 4 minggu untuk cecah $30k

Bitcoin berusaha untuk menamatkan minggu di atas $23,000 pada penutupan 26 Februari dan meningkatkan kebimbangan terhadap rintangan degil.

Candle chart 1 jam BTC/USD (Bitstamp). Sumber: TradingView.

Kenaikan harga BTC mengekalkan kepercayaan pada $30,000.

Data daripada TradingView menunjukkan BTC/USD mencecah $23,318, meningkat $600 daripada paras terendah hujung minggu.

Langkah terbaharu ini menandakan kemunculan semula yang sederhana selepas minggu yang suram untuk aset berisiko, dengan ekuiti Amerika Syarikat yang menderita akibat data inflasi yang melebihi jangkaan.

Walaupun begitu, Bitcoin masih kekal di bawah paras yang ditandakan oleh para analis sebagai perkara penting untuk reclaim sebelum bulan berakhir.

Hanya sekumpulan trader yang kekal optimis, ini termasuk trader popular Kaleo, yang menyatakan bahawa $30,000 kekal sebagai “magnet” harga BTC.

Pedagang kripto Altcoin Sherpa pula menawarkan tempoh rujukan untuk mencapai $30,000 — “4-6 minggu.”

“$BTC masih dalam fasa peralihan daripada bear -> bull, kenaikan hanya bermula apabila melepasi neckline!” rakan trader dan penganalisis Mags meneruskan sebahagian daripada ringkasan selanjutnya.

Carta anotasi BTC/USD. Sumber: Mags/Twitter.

Penganalisis Bloomberg mengenai Bitcoin: “Trend kekal menurun”.

Mike McGlone, senior macro strategist di Bloomberg Intelligence, menyuarakan keraguan tentang keupayaan Bulls untuk mengatasi zon rintangan $25,000.

“Rintangan Bitcoin $25,000 mungkin terbukti penting untuk semua aset berisiko”.

Kajian itu sendiri meramalkan bahawa “mereka yang lebih berorientasikan taktikal cenderung memberi tumpuan kepada jualan responsif” apabila berbicara tentang BTC/USD, sementara “boleh jadi akan mengambil masa sebelum jenis beli-dan-simpan mendapat kelebihan”.

Minggu sebelumnya, harapan tetap tinggi bahawa $25,000 tidak akan menjadi halangan besar dan BTC/USD akan dapat mengatasi dengan tidak terlalu banyak usaha.

MA 50 minggu yang menurun itu sendiri membawa McGlone untuk membuat kesimpulan bahawa “trend masih menurun.”

Candle chart 1 minggu BTC/USD (Bitstamp) dengan 50, 200 MA. Sumber: TradingView.

Penulis Artikel: Danny F.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *