Bitcoin kini telah memecah siling $24K untuk pertama kali dalam masa dua minggu, pada Khamis pagi di Asia. Bitcoin mencapai harga tertingginya sejak pertengahan bulan Ogos 2022, kerana para pelabur sudah melikuidasi sebanyak $70 juta, kebanyakannya kerana taktik short position bets, menurut laman data aggregator, GlassNodes.
Menurut data CoinMarketCap, Bitcoin meningkat sebanyak 9.4% dalam masa 24 jam berdagang pada US$24,318 setakat jam 8 pagi di Hong Kong, menjadikan keuntungannya sejak tujuh hari lalu kepada 6%, manakala Ethereum meningkat sebanyak 7.5% kepada US$1,674, menjadikan jumlah keuntungan sebanyak 1.4% untuk minggu itu.

Jumlah capitalization pasaran kripto juga meningkat dalam masa 24 jam sebanyak 6.9% ke US$1.10 trillion, kenaikan paling tinggi sejak pertengahan Ogos tahun lepas. Ekuiti US juga meningkat pada hari Rabu, dengan The Dow Jones Industrial Average meningkat sebanyak 0.1%, S&P 500 bertambah sebanyak 0.3% dan Nasdaq Composite Index untung sebanyak 0.9%.
Kenaikan pada hari Rabu berikutan kepada pengumuman data sehari sebelum Consumer Index Price bulan Januari, yang menunjukkan harga naik 0.5% untuk bulan tersebut dan 6.4% tahun ke tahun. Walaupun angka ini lebih tinggi sedikit daripada jangkaan kenaikan bulanan sebanyak 0.4% dan tahunan 6.2%, ia menunjukkan bahawa inflasi telah mengikuti trajektori menurun sejak beberapa bulan lalu dalam ekonomi terbesar dunia itu.
Walaupun terdapat sedikit berita positif hari ini, kekurangan berita buruk mungkin telah membantu Bitcoin memperoleh keuntungan. Khususnya, ketiadaan tindakan keras oleh pengawal selia hari ini mungkin menyumbang kepada keuntungan aset tersebut. Walaupun pengawal selia telah mengambil tindakan terhadap Kraken dan Paxos pada minggu lalu, tiada tindakan berprofil tinggi lagi berlaku dalam sektor kripto setakat hari ini.
Penulis Artikel: Siti K.