Nilai EUR/USD kini dilihatkan menjunam bawah harga pasaran di 1.0900 di sesi Asia. Pasangan mata wang besar itu sedang menghadapi tekanan kerana para pelabur sedang bersiap sedia untuk mengelak risiko dalam menghadapi pengumuman data daripada US Non-Farm Payroll (NFP).
Pengumumuman data oleh US Automatic Data Processing (ADP) Employment Change and Job Openings pada Rabu yang lalu menunjukkan permintaan buruh melebihi bekalan yang ada sekarang. Menurut data ADP Employment, ekonomi US telah menambah 105,000 pekerjaan, namun masih terdapat lagi kekurangan buruh walaupun ada pembukaan kerja kosong. Tambahan pula, data daripada US Department Labor menunjukkan penurunan yang mengejutkan buat pertama kali dalam tuntutan pengangguran, 183K dari konsensus asal iaitu 200K. Menurut jangkaan, data US NFP menunjukkan 185K, lebih rendah daripada pengumuman sebelum ini iaitu 223K. Selain daripada itu, kadar pengangguran akan dijangka naik ke 3.6% daripada 3.5% sebelum ini.
Selain itu, selepas data US Consumer Price Index menunjukkan penurunan dan tiada penampakan dalam mengurangkan tekanan inflasi, orang ramai kini mengharapkan Federal Reserve untuk meringankan polisi kewangan yang kini sangat ketat. Dari perspektif swap market, traders meletakkan puncak kadar faedah di 4.88% tibanya musim panas, diikuti dengan potongan ke 4.40% pada bulan Disember tahun, menurut laporan dari Reuters. Dari penurunan pembelanjaan pengguna, ke Producer Price Index (PPI) hingga pergerakan ekonomi yang perlahan, setiap indikasi inflasi ini menunjukkan perlu adanya pengawalan inflasi yang berterusan. Walaubagaimanapun, indeks kos buruh masih lagi menjadi tumpuan utama pengarah Fed Jerome Powell, kerana kuasa pembelanjaan yang tinggi akan menyebabkan revenge buying, lantas kenaikan dalam permintaan runcit.
Tambahan pula, European Central Bank juga akan dijangka menaikkan kadar faedah ke 50 point basis. Merendahkan harga tenaga dan kesesakan rantai bekalan telah mengurangkan tekanan inflasi, manakala indeks harga teras yang mengecualikan harga minyak dan makanan masih lagi kekal di Eurozone. Presiden ECB, Christine Lagarde menjelaskan bahawa proses disinflasi masih dibelum dilaksanakan di Eurozone. Maka, European Central Bank akan terus menaikkan kadar faedah untuk mengawal kestabilan harga.
teknikal analisa EUR/USD
EUR/USD telah mengalami penjualan yang besar setelah Inventory Distribution dibentuk dalam carta per jam. Inventory distribution dalam julat kecil antara 1.1006-1.1033, menunjukkan perubahan inventori dari pelabur institusi dan pelabur awam. EUR/USD mungkin akan berada di perantaraan yang selesa di 1.0885 pada 2 Febuari.

Penulis Artikel: Siti K.