BINANCE TERSILAP CAMPUR WANG CAGARAN DENGAN DANA PENGGUNA

Exchanger kripto utama Binance dilaporkan mengaku mereka tersilap menyimpan aset pelanggan dalam dompet yang sama dengan wang cagarannya secara tidak sengaja. Selepas pendedahan itu, Binance memulakan proses pemindahan aset berkenaan ke dompet cagaran khusus, lapor Bloomberg pada 24 Januari.

Pada hari Isnin, Binance mengeluarkan bukti cagaran untuk B-Token, memberikan maklumat untuk semua 94 token yang dikeluarkan oleh Binance. Firma itu sebelum ini menegaskan bahawa B-Token sentiasa disandarkan sepenuhnya dan disokong 1:1.

Menurut bukti cagaran, rizab Binance untuk hampir 50% daripada semua B-Token kini disimpan dalam satu dompet yang dipanggil “Binance 8.” Dompet itu menyimpan lebih banyak token dalam simpanan daripada yang diperlukan untuk jumlah B-Token yang telah dikeluarkan oleh Binance.

Ia juga dikatakan bahawa Binance 8 adalah sejenis exchanger cold wallet (dompet yang tidak tersambung dengan internet). Berbeza dengan hot wallet yang tersambung dengan internet, cold wallet adalah lebih selamat daripada sebarang risiko atas talian.

Itu didakwa menunjukkan bahawa Binance mencampurkan cagaran dengan dana pelanggan dan bukannya menyimpan aset tersebut secara berasingan. Walaupun perkara yang berkaitan hanya terpakai kepada B-Token, sistem pengurusan dompet seperti itu nampaknya bercanggah dengan garis panduannya sendiri.

Menurut halaman Proof of Reserve (PoR) Binance, pegangan korporat bursa direkodkan dalam akaun berasingan dan tidak menjadi sebahagian daripada pengiraan bukti rizab. Binance menyatakan:

ÔÇťApabila pengguna mendepositkan satu Bitcoin, rizab Binance meningkat sekurang-kurangnya satu Bitcoin untuk memastikan dana pelanggan disokong sepenuhnya. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa ini tidak termasuk pegangan korporat Binance, yang disimpan pada lejar yang berasingan sepenuhnya.”

Jurucakap Binance

Menurut Bloomberg, Binance telah mengakui kesilapannya dan sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu tidak lama lagi.

“Binance menyedari kesilapan ini dan sedang dalam proses memindahkan aset ini ke dompet cagaran khusus,”

Jurucakap Binance

Penulis Artikel: Fatin A.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *