Polygon menjalani hard fork untuk selesaikan isu rangkaian

Polygon PoS telah mengumumkan untuk menjalani hard fork pada 17 Januari untuk menyelesaikan beberapa masalah dalam rangkaian, iaitu kenaikan harga gas PoS dan pengaturan semula chain.

Menurut Blockworks Research, proses hard fork ini akan merendahkan yuran transaksi dan memperbaiki keselamatan blok. Proses itu bermula pada jam 4.00 pagi ET dengan jumlah sebanyak 38,189,056. Polygon mengumumkan tentang proses itu pada mulanya pada 12 Januari di dalam blog mereka, yang juga menyatakan tentang naik taraf jangka panjang untuk rangkaian tersebut. Proses hard fork ini juga diusulkan oleh diskusi forum dan maklum balas komuniti. Antara sebab-sebab rangkaian Polygon perlu dinaik taraf adalah kerana  kenaikan harga gas PoS yang tidak disangka selepas Ethereum Improvement Proposal-1559, jadi proses ini dapat menstabilkan semula harga gas tersebut. Selain daripada itu, Polygon juga mengatakan bahawa rangkaian ini memerlukan pengaturan semula blocknya. Ini adalah kerana mereka ingin mengurangkan “sprint length”, iaitu bilangan blok yang dihasilkan oleh validator, untuk mengurangkan lagi masa untuk proses validasi. Proses pengurangan ini akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada transaksi yang muktamad.

Blockworks Research menyatakan tahap penyertaan yang rendah dalam cadangan tadbir urus ini, kerana fork terkini telah diluluskan dengan hanya 15 undian, dengan setiap pasukan validator Polygon boleh membuang satu undi.

Analisis Harga Polygon

Harga Polygon terkini ialah $1.01 USD dengan volume dagangan 24 jam sebanyak $371,283,821 USD. Poligon turun 0.86% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Kedudukan di CoinMarketCap semasa ialah #10, dengan market cap di $8,792,891,499 USD. Ia mempunyai bekalan edaran sebanyak 8,734,317,475 MATIC coins dan maksimum bekalan 10,000,000,000 MATIC coins.

Carta harga Polygon. Sumber: CoinMarketCap

Penulis Artikel: Siti K.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *