Rusia dan Iran kerjasama membangun stablecoin berasaskan emas

Menurut laporan dari agensi berita Rusia, Vedomosti, pusat bank Iran telah bekerjasama dengan kerajaan Rusia untuk mengeluarkan stablecoin baru yang berasaskan emas.

Token yang berasaskan emas itu akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antarabangsa, menurut pengarah eksekutif Russian Association of Crypto Industry and Blockchain, Alexander Brazhnikov, dan perdagangan tersebut akan berlaku di Astrakhan, sebuah bandar di selatan Rusia yang merupakan kawasan dagang bebas yang sudah bermula menerima barangan dari Iran, maka stablecoin tersebut dapat digunakan di situ. Objektif penggunaan stablecoin adalah untuk menggantikan mata wang fiat seperti US Dolar, ruble Rusia dan riyal Iran.

Ahli parlimen Rusia Anton Tkachev, juga ahli Jawatankuasa Dasar Maklumat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, menegaskan bahawa projek stablecoin Rusia-Iran ini hanya akan dapat dilaksanakan setelah pasaran aset digital dikawal selia sepenuhnya di Rusia. Setelah beberapa kali kelewatan, dewan rakyat Rusia sekali lagi berjanji untuk mula mengawal selia transaksi kripto pada 2023. Iran dan Rusia adalah antara negara yang melarang penduduk mereka daripada menggunakan mata wang kripto seperti Bitcoin (BTC) dan stablecoin seperti Tether (USDT) untuk pembayaran. Pada masa yang sama, Iran dan Rusia telah giat berusaha untuk menggunakan kripto sebagai alat perdagangan asing.

Kementerian Industri, Lombong dan Perdagangan di Iran membenarkan penggunaan mata wang kripto untuk pengimportan ke negara itu pada Ogos 2022, walaupun masih ada sekatan perdagangan antarabangsa. Menurut kerajaan tempatan, langkah baharu itu akan membantu Iran dalam mengurangkan sekatan perdagangan global. Di bulan yang sama, Iran membuat pesanan import antarabangsa pertama bernilai $10 juta dalam mata wang kripto. Pada September 2022, bank pusat Rusia, yang asalnya menentang penggunaan mata wang kripto sebagai kaedah pembayaran, kini bersetuju untuk membenarkan mata wang kripto dalam perdagangan asing, akibat sekatan yang dikenakan ke atasnya selepas konflik dengan Ukraine. Walau bagaimanapun, pengawal selia tidak menyatakan mata wang kripto mana yang akan digunakan untuk transaksi tersebut.

Penulis Artikel: Siti K.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *