CHAINLINK STAKING V0.1 KINI LIVE

Chainlink, iaitu sistem rantaian blockchain oracle dalam Ethereum, kini telah melancarkan Chainlink Staking v0.1 pada 6 Disember 2022.

Pelaksanaan awal ini membolehkan ahli komuniti yang memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada kriteria pada Early Access Eligibility List untuk stake up sehingga 7,000 LINK dalam staking pool v0.1 yang terhad. Staking pool yang dihadkan akan dibuka pula kepada General Access pada 8 Disember 2022 pada 12PM ET, memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk stake up sehingga had awal 7,000 LINK, per address, tertakluk pada pool cap 25M LINK awal dan penyertaan bersyarat yang lain.

Dalam pool v0.1 awal, 22.5M LINK diperuntukkan untuk Community Stakers, manakala 2.5M LINK diperuntukkan dan dikhaskan untuk Nod Operator Stakers. LINK yang di-stake dan ganjaran akan disimpan sehingga keluaran Staking v0.2, yang dirancang untuk dilancarkan dalam masa 9-12 bulan. Maklumat lanjut tentang perkembangan  pool melebihi 25M LINK akan dimaklumkan pada awal 2023.

Staking ialah komponen utama dalam Chainlink Economics 2.0 yang membolehkan ahli komuniti dan pengendali nod memperoleh ganjaran untuk membantu meningkatkan keselamatan perkhidmatan oracle kripto-ekonomi. Dengan memberikan token LINK dalam smart contract untuk menyokong jaminan prestasi tertentu di sekitar perkhidmatan oracle, ekosistem Chainlink boleh berkembang untuk mendapatkan jumlah nilai yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Infografik sistem staking Chainlink. Sumber: Chainlink

Pada masa yang sama, terdapat beberapa analisis menjangkakan harga Chainlink dan LINK. Menurut chart di bawah menggunakan indikator Smart Money Concept, jika harga rally ke atas, harga LINK akan berada di lingkungan $9 hingga $9.50. Manakala jika harga akan menunjukkan tanda-tanda bearish, harga LINK akan turun dalam lingkungan $6 hingga ke $5.50. 

Sumber chart: Tradingview

Penulis Artikel: Siti K.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *