Non farm payrolls, atau NFP, mengukur jumlah kenaikan pekerja bukan dari sektor perladangan dari bulan sebelumnya di Amerika Syarikat. Penciptaan pekerjaan adalah indikator paling penting perbelanjaan pengguna, yang menunjukkan majoriti aktiviti ekonomi negara tersebut.
Jika data NFP menaik, maka ia menunjukkan perkembangan ekonomi, dan begitulah sebaliknya. Manakala, jika data menaik dengan mendadak, ini menandakan inflasi yang tinggi kerana gaji terpaksa dinaikkan. Selain daripada itu, jika ekonomi menunjukkan perkembangan yang positif, maka ia memberi kesan yang baik kepada capital market, termasuklah pasaran kripto kerana orang awam mempunyai duit lebih untuk melabur, dan jika ekonomi merosot maka tidak baiklah juga untuk capital market.
Tambahan pula, jika data tersasar jauh dari data bulan lepas, sama ada dalam penurunan atau kenaikan yang mendadak, ini menunjukkan gangguan dalam kitaran ekonomi, sama ada inflasi atau kadar pengangguran yang tinggi. Jadi, apa-apa sahaja komoditi, mata wang atau sekuriti yang didagang bertentangan dengan US Dollar akan memberi kesan kepada berita NFP dan indeks US Dollar.
“Data positif akan berterusan, dan kesinambungan dari bulan lepas menunjukkan pemulihan ekonomi US. Walaubagaimanapun, pasaran BTC/USD akan bertindak sebaliknya berbanding bulan lepas kerana DXY berada pada discount rate (104.77). Oleh itu, data yang positif akan menyebabkan pelabur mula berminat kembali untuk membeli USD dan US Gov Bond berbanding ekuiti atau komoditi yang lain.”
Deon Saman , Ketua Penganalisa CODAM Protocol.
Bacaan NFP yang lebih tinggi daripada ramalan harus dianggap sebagai positif/bullish untuk USD, manakala bacaan yang lebih rendah daripada ramalan hendaklah dianggap sebagai negatif/bearish untuk USD.
Pada 4 November 2022 yang lalu, ramalan NFP yang dikeluarkan adalah berjumlah 200K, tetapi jumlah yang sebenar adalah 261K. Ini telah menunjukkan peningkatan bacaan terhadap NFP yang mana turut mempengaruhi pasaran matawang kripto.
Berbeza pula dengan Kadar Pengangguran US atau lebih dikenali sebagai US Unemployment Rate. Kadar Pengangguran ini mengukur peratusan jumlah tenaga kerja yang tidak bekerja, tetapi sedang mencari pekerjaan secara aktif.
Bacaan yang lebih tinggi daripada ramalan harus dianggap sebagai negatif/bearish untuk USD, manakala bacaan yang lebih rendah daripada ramalan harus dianggap sebagai positif/bullish untuk USD.
Pada 4 November 2022 yang lalu, ramalan Kadar Pengangguran yang dikeluarkan adalah sebanyak 3.6%, tetapi jumlah yang sebenar adalah 3.7%. Ini telah menunjukkan peningkatan terhadap Kadar Pengangguran yang mana turut mempengaruhi ekonomi semasa.
KESIMPULAN
NFP dan US Employment Rate berkait sangat rapat dalam mengukur data perkembangan ekonomi US, dan data ini akan diterbitkan setiap bulan, selalunya Jumaat pertama selepas bulan berakhir. Data-data ini penting kerana jumlah pekerjaan menunjukkan berapa banyak pengguna berbelanja, lantas mencerminkan pergerakan ekonomi sesebuah negara.
Penulis Aritkel : Siti K & Fatin A