BINANCE AKAN LANCARKAN ‘INDUSTRY RECOVERY FUND’

Binance akan lancarkan dana baru untuk kembangkan projek kripto yang menghadapi masalah liquidity.

Changpeng Zhao, CEO Binance, telahpun tweet-kan tentang rancangan tersebut seawal Nov 14.

“Bagi mengurangkan kesan negatif FTX, Binance akan membentuk ‘industry recovery fund’, bagi membantu projek yang kelihatan kuat, tetapi dalam krisis liquidity. Lebih maklumat tentang perkara ini akan dikeluarkan nanti,” ujar Zhao, menambah lagi projek yang layak boleh menghubungi Binance Labs, tangan utama kapital exchange tersebut.

Dalam tweetnya, Zhao juga membuka peluang untuk mana-mana pelabur kripto yang berhasrat untuk menyumbang kepada dana tersebut.

Berita ini muncul setelah krisis kejatuhan FTX minggu lalu tersebar. Kebanyakan perusahaan telah terjejas, dari projek DeFi, startup, exchange dan pelabur.

Crypto hedge fund Galois, pelabur Mechanism Capital, platform kripto Matrixport, and firma venture Paradigm adalah antara firma yang mendedahkan diri mereka.

Zhao, yang mana tweet-nya tentang penjualan FTT bantu mengejutkan krisis liquidity FTX, baru-baru ini bersumpah untuk bersikap kritis tentang pesaing pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *