BINANCE LIQUIDATING FTT NYA! FTX LOBBYING PESAINGNYA?

Binance mengumumkan bahawa ia akan menjual kesemua token FTX nya (FTT), setelah CEO Changpeng Zhao berkata FTX sedang terlibat dalam usaha politik dengan Binance.

Dalam thread Twitter, ujar Zhao pada tahun lepas, Binance merancang untuk menjual ekuitinya dalam FTX, sekaligus menerima berbillion stablecoin dan token asli exchange tersebut FTT.

Kini, Zhao, yang juga menerajui exchange kripto terbesar di dunia dalam segi volum, berkata Binance sedang membuang aset yang diterima dalam ‘exit’ itu dengan ‘hal sebenar’ akan didedahkan tidak lama lagi.

Pada masa penulisan ini,  tidak pasti apakah pendedahan yang diberitahu oleh Zhao merujuk kepada apa, walaupun dia mengatakan FTX sepertinya lobby terhadap pesaingnya.

Zhao maklumkan Binance akan liquidating FTT nya dengan cara yang akan meminimumkan votaliti pasaran, daripada fokuskan dengan jualan pasaran asing-asing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *