DOGECOIN DAH LEVEL UP, MASUK TOP 10 BALIK!

Selepas Elon Musk membeli Twitter, Dogecoin telah mengalahkan Solana dalam kedudukan mata wang kripto.

Rally Dogecoin telah berterusan pada Jumaat setelah meme coin julung ini naik 8% dari $0.085.

Ini telah meletakkan mata wang kripto semula ke Top 10 aset digital oleh market cap.

  • Menurut CoinGecko, Dogecoin kini adalah mata wang kripto ke 9 terbesar, bernilai sebanyak $11.6 billion. Yang ke 10 terbesar adalah Solana, kini bernilai $32 setiap unit dan $11.5 billion keseluruhannya.
  • Dogecoin telah naik 43% selepas 7 hari lalu, menunjukkan relatif perkembangan yang kuat terhadap pesaingnya. Bitcoin telah menaik 8.5% dalam rangka masa itu, sementara pesaing meme coin nya Shiba Inu telah naik 19.7%
  • Dogecoin adalah mata wang kripto kegemaran Elon Musk, yang selalu sahaja tweet tentang aset tersebut dan telah bercakap dengan penciptanya Billy Markus. Coin itu sepertinya responsif terhadap berita yang melibatkan Elon Musk seperti ketika dia menerima coin ini sebagai bayarannya di Tesla dan SpaceX.
  • Elon Musk telah membeli Twitter pada minggu ini, memecat eksekutifnya dan berjanji untuk menghentikan spam bots yang berleluasa di platform tersebut. Crypto Twitter sangatlah optimistik dengan berita ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *