HARGA XRP TUNJUKKAN CORAK BULLISH. PATUT BELI KE?

Lewat minggu ini, Ripple telah memenangi prosedur mahkamah dalam pergelutan undang-undang dengan Securities and Exchange Commission (SEC), yang di mana mereka memfailkan saman terhadap syarikat pembayaran mata wang digital dalam 2020 bagi penjualan yang tidak dibenarkan sebanyak $1.3 billion XRP.

Mahkamah Wilayah telah bersetuju pada Khamis bahawa cubaan beberapa kali SEC untuk menyekat Ripple dari melihat komunikasi SEC secara dalaman yang berkenaan dengan ucapan utama ke atas status kawal selia pesaing mata wang kripto Ethereum adalah tidak sah.

Emel-emel tersebut menurut Ripple, akan mengukuhkan kesnya dan mendedahkan bagaimana SEC telah “memilih dua pemenang” dalam pasaran kripto, Bitcoin dan Ethereum sementara mempulaukan yang lain.

HARGA XRP MEMBENTUK CORAK BULLISH

Dari segi teknikal, formasi bullish yang melibatkan candlestick bawah $0.4980, satu paras resistance yang dipanjangkan oleh trendline yang mengorak ke bawah.

Indikator teknikal seperti RSI dan MACD adalah atas 50 dan 0. Kedua-dua poin indikator menuju ke arah trend bullish dalam XRP. dengan tambahan, purata bergerak 50-hari sedang menyokong XRP berdekatan $0.4700, menandakan trend menaik.

Dari segi positif, kenaikan permintaan XRP boleh menembus resistance $0.4980 dan meningkatkan harga ke $0.5205 or $0.5600.

Alternatifnya, berdekatan paras $0.4435, trendline menaik corak segitiga simetrik bagi menyediakan sokongan pantas. Di bawah senario ini, XRP boleh mendapat sokongan berdekatan $0.4179 atau $0.3809.

Para pelabur akan berjaga-jaga dengan corak segitiga simetrik, breakout di mana akan menentukan arah harga XRP. Lebih-lebih lagi penambahbaikan tambahan dalam pertarungan antara Ripple vs SEC mungkin akan menyebabkan volatiliti dalam kedua-dua XRP/USD.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *