APPLE BENARKAN PENJUALAN NFT DALAM APP, TAPI KENA CAJ?

PEMBETULAN YANG DIBUAT OLEH APP STORE

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Aidan Ryan di The Information, Apple dilaporkan telah memberitahu startups bahawa NFT dibenarkan dijual di apps yang telah disenaraikan dalam App Store Apple tetapi kesemua jualan NFT harus melalui pembelian dalam aplikasi, di mana ia akan dikenakan caj tambahan oleh Apple. Seperti yang dibicarakan Ryan, hal ini telah memaksa kebanyakan projek & platform baru untuk mengehadkan fungsi dalam aplikasi dengan usaha untuk mengelak dikenakan bayaran 30% itu – walaupun Apple tiada kena mengena dalam pantauan semua transaksi selain dari menerima kewujudan aplikasi tersebut di App Store.

Blogger Tech Patent FOSS Patents berkata jumlah kos sebenar kepada pembina boleh jadi akan melebihi 30% commission yang selalu ditekankan dalam App Store; FOSS telah berbalah bahawa sesetengah kawasan geografi akan dikenakan bayaran sebanyak 35% dan akan dipaksa untuk membayar ads pencarian.

BAYARAN PENJANA ISU

CEO Epic Games Tim Sweeney berkongsikan pendapatnya dalam satu tweet pada hari Jumaat, mengkritik App Store sebagai “suatu servis yang mahal dan tidak berbaloi.” Sweeney sendiri telah mempunyai banyak masalah dengan commission App Store keluaran utamanya “Fortnite” telah dikeluarkan dari App Store selepas Epic cuba untuk membetulkan isu struktur bayaran yang tidak munasabah.

Sweeney berpendapat kadar commission Apple bukanlah developer-friendly dan tidak menyumbang banyak kepada pertumbuhan industri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *