DO KWON BAKAL DITAHAN MENURUT PERINTAH MAHKAMAH?

Pendakwa raya Korea Selatan telah mengangkat kes mereka terhadap Terraform Labs CEO Do Kwon, menghantar permintaan ke KuCoin dan OKX untuk membekukan $67 juta Bitcoin yang dikatakan berkait dengan Luna Foundation Guard.

Walaupun drama Kwon sudah semakin memuncak, ahli perniagaan yang bersuara lantang itu muncul pada hari Isnin di Twitter mengatakan dia “tiada apa yang harus disembunyikan” dari pihak berkuasa.

KWON DIKATAKAN MENGGERAKKAN SIMPANAN LFG

Pendakwa raya Korea Selatan sedang bekerjasama untuk membekukan $67 juta Bitcoin yang dikaitkan dengan pelopor utama Terra, Do Kwon.

Pejabat Pendakwa Raya Daerah Selatan Seoul telah bertanyakan KuCoin dan OKX untuk bekukan 3,313 Bitcoin yang dikatakan berasal dari Terra Luna Foundation Guard. Pendakwa raya menyatakan LFG telah menggerakkan dana ke pusat pertukaran pada September 15, sehari selepas mahkamah Seoul mengeluarkan waran untuk menahan Kwon. Pengkaji kripto CryptoQuant mendakwa dana tiba dari LFG menurut laporan Coindesk Korea yang dikeluarkan pada Selasa. Kwon menguruskan dana LFG dan membuat pembelian berjuta berganda berikutan kejatuhan Terra $40 juta pada Mei.

Sementara Pejabat Pendakwa Raya Daerah Selatan Seoul tidak respon kepada permintaan untuk mengeluarkan pendapat dari Crypto Briefing, Bloomberg melaporkan bahawa seorang pegawai telah mengesahkan berita tersebut dengan lebih awal. “CryptoQuant spesifikkan alamat Bitcoin baru yang dimiliki LFG berdasarkan corak transaksi, aliran setara dan bahan maklumat yang tidak di umumkan,” CryptoQuant memberitahu Bloomberg. Diyakinkan, OKX atau KuCoin tidak langsung didaftarkan di Korea. CoinDesk Korea melaporkan KuCoin bersetuju dengan permintaan pihak pendakwa raya, namun OKX tetap senyap sahaja.

Pihak pendakwa raya juga mengesahkan Interpol telah meletakkan Kwon ke dalam senarai red notice awal Isnin, serta merta membuatkan pengasas bersama Terraform Labs itu menjadi pelarian di seluruh 156 negara. Namun begitu, Kwon telah muncul di twitter pada hari yang sama untuk memastikan followers nya tahu bahawa “dia tidak punyai apa-apa untuk disembunyikan”. Dia juga beritahu namanya tidak naik di laman sesawang Interpol dengan satu petunjuk pasti yang mengatakan dia sendiri tidak percaya red notice itu telah dikeluarkan.

AKTIVITI SAMAR-SAMAR LFG

LFG, sebuah dana yang dilancarkan dalam Januari untuk menstabilkan peg UST ke dollar, berjumlah $3.5 billion Bitcoin yang menyebabkan Terra ‘runtuh.’ Berikut dengan kejadian itu, dikatakan mereka telah menghabiskan $1 billion Bitcoin dalam usaha terakhir untuk selamatkan UST. Walaubagaimanapun, masih ada pihak yang mempersoalkan peristiwa itu, dan tidak menyediakan sebarang bukti berapa banyak dana dibelanjakan empat bulan kemudian.

LFG Bitcoin wallet umum kini memegang 313 Bitcoin berjumlah lebih $6 million, ditransaksikan lebih kurang 71,000 coins pada masa insiden. Maka, pihak pendakwa raya semakin utuh ingin menahan Kwon atas dakwaan melanggar undang-undang pasaran kapital, dan mereka juga menyiasat dia atas tuduhan lain seperti pemalsuan cukai dan menjalankan skim Ponzi.

Walaupun tidak diketahui apakah fungsi 3,313 Bitcoin digunakan, ramai telah spekulasikan Kwon sembunyikan sesetengah simpanan LFG untuk dirinya sendiri. Jika Kwon ditemui berbuat demikian, ia akan mengukuhkan lagi tuduhan terhadapnya di mahkamah kelak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *