BANDAI NAMCO, SEGA ANTARA ‘GERGASI’ DUNIA GAME SERTAI BLOCKCHAIN GAMING?

Pembina permainan video dari Jepun telah merancang untuk melibatkan diri dalam blockchain gaming dan tidak akan digoyahkan oleh sesetengah gamers yang tidak sukakan kripto dan non fungible tokens (NFT), seorang eksekutif dari projek Oasys blockchain memberitahu Cointelegraph.

Bercakap dengan Cointelegraph di Tokyo Games Show 2022 minggu lepas, wakil pengarah Ryo Matsubara menegaskan partner bernama besar projek tersebut seperti Bandai Namco, Sega dan Square Enix bukan sahaja-sahaja mengikuti perkembangan kripto – terdapat visi jangka panjang sebenarnya untuk konsep berasaskan blockchain gaming:

Mempersoalkan sama ada syarikat ini sedang cuba untuk menggabungkan teknologi blockchain dengan francais gaming mereka yang terkini, Matsubara mencadangkan mereka akan melihat terlebih dahulu idea untuk mencipta permainan blockchain yang terbaru.

Dia menekankan bahawa ini adalah jenis “model baru” gaming, makanya ia memerlukan sedikit masa untuk membesar sebelum syarikat-syarikat gergasi ini akan memandang perluasan integrasi blockchain dengan permainan tradisional.

“Apabila model tersebut telah siap, bertahan dan berjaya, maka IP yang kuat(popular) akan diciptakan,” ujarnya.

Apa yang perlu diperbaiki dalam konsep blockchain gaming adalah, pada Matsubara, “masalah besar” kerana kebanyakan projek ini terlalu bergantung pada nilai in-game token. Hasilnya, terdapat lebih permintaan untuk ‘berspekulasi” dan bukannya pada permainan tersebut.

Tambahnya, akan terdapat “perubahan” dilakukan dalam masa ke semasa setelah projek itu membesar menjadi penantian yang sangat berbaloi.

Sentimen ini turut disokong oleh ketua pengurusan komuniti Blowfish Studios, sebuah syarikat pembina permainan dan subsidiari Animoca Brands, yang turut serta dalam acara tersebut.

Proof-of-stake blockchain Oasys dihasilkan dengan sasarannya kepada konsep permainan itu sendiri dan dijangkakan untuk pelancaran mainnet nya dalam beberapa bulan yang akan datang pada tahun ini. Matsubara turut menginsyaratkan permaian terbitan syarikat-syarikat gergasi ini juga akan dikeluarkan pada tahun depan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *