STARBUCKS ANTARA FRANCAIS KOPI YANG MENYERTAI NFT!

Francais kopi terbesar di dunia ini telah umumkan penciptaan sebuah platform non-fungible token, sementara rangkaian kopi yang kecil-kecilan turut mempertimbangkan platform tersebut.

Francais-francais kopi telah mula menempa tempat dalam dunia kripto: seperti Starbucks Coffee dan Toms N Toms, sebuah francais popular dari Korea Selatan.

Starbucks mengumumkan pada Isnin bahawa ia akan melancarkan platform customer loyalty yang dipanggil sebagai “Starbucks Odyssey” di blockchain umum Polygon.

Para pengguna platform tersebut akan mendapat NFT atau “stamps”, hanya dengan bermain permainan atau menerusi pembelian terus. Stamsp boleh ditransaksikan antara pengguna atau ditukarkan menjadi Starbucks benefits and experiences.

Starbucks juga membolehkan penggunanya membayar NFT secara terus menggunakan kad kredit, tanpa perlunya mata wang kripto dan wallet kripto.

Jumlah pembinaan NFT tersebut tidak perlu dikongsikan oleh syarikat tersebut tetapi platform itu kini dibolehkan untuk pra-daftar terlebih dahulu dan akan dibuka secara meluas pada tahun-tahun akan datang.

Namun, terdapat beberapa francais kecil yang turut menyertai blockchain!

Sebuah roastery dari New York Coffee Bros, melancarkan koleksi NFT gambar profil (PFP) bernama Crypto Baristas tahun lepas bagi menampung pembinaan kafe pertamanya di kota tersebut dan juga menyediakan ganjaran offline untuk pelanggannya.

Baru-baru ini juga Tom N Toms Coffee, sebuah rangkaian cofeehouse di Korea Selatan dengan lebih 500 kedai secara antarabangsa, mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan pasaran NFT mereka sendiri yang dinamakan TOMS NFT pada Sept 20.

Jenama cofeehouse ini juga telah mengeluarkan tokennya sendiri iaitu TomTom Coin (TOMS).

Sama sahaja seperti perancangan Starbucks, pelancaran platform ini adalah untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan dan sebagai cara pembayaran. Tokennya telah disenaraikan dalam exchange kripto yang besar seperti Coinbase dan Binance.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *