DBS x THE SANDBOX – BEKERJASAMA MENCIPTA DUNIA BARU

DBS mengumumkan hari ini (9 September) bahawa ia telah bekerjasama dengan The Sandbox – dunia virtual gaming decentralized dan juga subsidiari Animoca Brands – untuk mencipta DBS BetterWorld.

Ia merupakan pengalaman metaverse interaktif menunjukkan kepentingan membina dunia yang lebih kukuh, lebih baik, dan mengajak orang lain untuk turut serta.

Kerjasama ini membuatkan DBS syarikat pertama di Singapura untuk melakukan kerjasama ini dengan The Sandbox dan bank yang pertama di Singapura ini untuk menembus masuk metaverse. Ini juga menandakan milestone baru dalam perjalanan DBS untuk terus menjelajah potensi peluang Web 3.0 yang akan bermanfaat buat pelanggan dan komuniti sesama.

Di bawah kerjasama ini, DBS akan menerima 3.x3 plot LAND – sebuah unit estet virtual dalam metaverse The Sandbox – yang akan dibina dengan elemen yang berpelbagai.

Piyush Gupta, CEO DBS, memerhatikan bahawa industri kewangan telah di catalysed kan secara besar-besaran oleh kemajuan digital. Teknologi metaverse secara terperinci, sementara masih lagi dalam fasa membesar, boleh mengubah cara bank berinteraksi dengan pelanggan dan komuniti.

Sebastian Paredes, CEO DBS Hong Kong, menambah yang metaverse tersebut menyediakan peluang menarik yang menakrif semula cara kita hidup, kerja dan berinteraksi bersama.

“Kita telah mendapat peluang keemasan ini dan pakar teknologis muda kita telah diberikan kebeasan untuk membina konsep ujikaji untuk dunia metaverse.”

“Selain itu, kita turut dapat peluang hebat untuk warga belia kita turut serta dengan mendalam dalam pembinaan kes yang berguna dan bermanfaat dalam The Sandbox. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada usaha berterusan untuk mengasah bakat teknologi demi kemajuan industri perbankan.”

MENERUSKAN USAHA KE ARAH KELESTARIAN

DBS mensasarkan DBS BetterWorld untuk menjadi platform engagement tambahan setelah ia teruskan gerakan kelestarian dengan menyediakan ruang buat pelawat The Sandbox untuk belajar lebih lanjut perihal ESG.

DBS juga akan bekerjasama dengan rakan niaga dan penyumbang dari sektor Kerajaan, komuniti, perniagaan dan teknologi bagi membina konsep yang penting untuk mencantikkan lagi DBS Better World.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *