PARTI KETIGA MENYAMAR SEBAGAI CCO BINANCE PATRICK HILLMANN
Hackers dan scammers tengah menajamkan ‘bakat’ mereka dengan menambahkan lagi alatan teknologi dalam rancangan licik mereka. CCO Binance, Patrick Hillmann, melaporkan minggu lepas tentang kaedah terbaru dan sofistikated yang digunakan oleh penyerang ini dimana mereka menggunakan imej nya untuk menjalankan operasi scam penyenaraian.
Hilmann manyatakan bahawa penggodam ini berjaya memprogramkan hologram AI (artificial intelligence) nya, sejenis deepfake yang digunakan untuk scam beberapa wakil projek mata wang kripto dalam aplikasi ZOOM. Hologram berjaya memperdayakan dengan membuatkan mereka percaya mereka akan dimasukkan dalam listing Binance dan Hilmann adalah sebahagian dari projek ini.
Skim listing ini telah ditemukan apabila ahli-ahli nya memberitahu Hilmann untuk menyatakan terima kasih kepadanya atas usahanya memasukkan mereka ke dalam peluang untuk dimasukkan dalam listing itu. Namun, dia tidak tahu-menahu akan pertemuan ini kerana dia bukanlah sebahagian dari proses listing Binance.
Hilmann tidak memberitahu secara terperinci projek mata wang kripto apa yang terlibat, atau dana apa yang telah dilaburkan dalam servis yang disyaki itu.
SCAMS YANG BERLAKU DI SELURUH ALAM MAYA
Binance CCO juga memberi amaran terhadap isu kadar kenaikan scam penyamaran ini di beberapa paltform sosial media di seluruh alam maya. Tentang ini, Hilmann menyatakan:

Proses listing ini tidak melibatkan parti ketiga, ujar Hilmann, dan projek usul listing ini hanya diterima menerusi halaman aplikasi direct listing. Menurut post blog yang dikeluarkan tahun lepas, Binance tidak memasukkan tambang fixed listing ke atas projek ini. Tentang nilai tambang listing ini, Binance menerangkan:

Malahan, tambang ini dikumpulkan oleh firma itu yang akan didermakan sepenuhnya kepada Binance Charity, satu acara kebajikan umum berasaskan blockchain yang akan ditaja oleh Binance. Scam listing ini kelihatannya semakin berleluasa, seperti Bluebenx, sebuah platform pelaburan kripto dari Brazil, yang juga merupakan mangsa kepada scam ini baru-baru ini.