Mimpi ngeri ini telah pun terjadi lebih dari sekali semasa bear market yang terkini, dengan kejatuhan Terra dan Celsius menyebabkan para pelabur tersentak terus. Mengetahui bilakan berlakunya Celsius seterusnya amatlah penting!
TANDA-TANDA CELSIUS SETERUSNYA BAKAL BERLAKU
- Hasil tinggi yang meragukan
Boleh dikatakan hampir semua akan bersetuju bahawa tanda-tanda platform yang mudah terdedah selalunya akan mengeluarkan hasil tinggi yang mencurigakan. Ya, seperti Terra & Celsius (menerusi Anchor Protocol) yang menawarkan hasil yang meragukan atau lebih tepat lagi; terlalu berisiko untuk jangka masa lama.
Menurut Susannah Streeter, penganalisa pasaran dan senior pelaburan di Hargreaves Lansdown, menasihati para pelabur untuk menganggap skim insentif yang memberi ganjaran pada pemegangnya untuk tidak menjual (dan juga mengecaj sesiapa yang berbuat demikian) dengan sedikit perasaan ragu-ragu. Penganalisa GlobalBlock Marcus Sotirou juga memandang hasil tinggi ini sebagai amaran utama kepada platform yang berisiko tinggi.

2. Menggunakan dana para pelabur dan depositor untuk menjangkakan dan bertukar beli di platform lain
Di mana setiap satunya membawa risiko tersendiri. Malahan ini selalu berkait rapat dengan penawaran hasil yang tinggi, sejak ia adalah cara yang terbaik untuk menyediakan hasilan tersebut (kecuali jika platform itu sendiri adalah sebahagian skim ponzi).
“Platform-platform ini menunjukkan diri mereka kononnya sebagai ‘pengambil deposit’ atau alternatif kepada bank tetapi sebenarnya melaburkan dana pelabur dalam beberapa strategi pelaburan dagangan yang aggresif untuk menambahkan dana ke hasil yang tinggi yang ditawarkan itu bagi menarik deposit tersebut”, ujar Charlie Beach, ketua pegawai risk di Eqonex.
3. Pelaburan dengan dana pengguna
Jika pelabur pantas mengeluarkan liquidity dari deposit pelabur, makanya platform itu berisiko besar untuk tidak mempunyai liquidity yang cukup untuk menunaikan kewajipan pengeluarannya. Jika DeFi itu sendiri tidak telus, maka para pelabur dinasihati untuk berhati-hati atau mengabaikan pelaburan tersebut.
Selain itu, para pelabur juga haruslah berjaga-jaga dengan sebarang pencerobohan dan masalah teknikal lain. Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk dunia kripto, yang dimana disedari oleh Celsius, walaupun terlambat.
Konklusinya, industri kripto hendaklah berusaha meningkatkan praktis risk management, membuatkannya lebih ketat dan lebih sistematik. Ini merupakan satu-satunya cara untuk mengurangkan ancaman contagion dan mengelakkan perilaku pasaran yang merbahaya. Penglibatan regulator amatlah digalakkan juga, bagi melindungi pelabur retail.
