THE MERGE PELUANG KEEMASAN ETHEREUM PANGKAS BITCOIN

Pemindahan rasmi Ethereum ke mekanisme konsensus proof-of-stake akan pastinya mengubah polisi monetary nya, membuatkan ETH lebih kurang ditemui berbanding Bitcoin.

Pengkaji Ethereum, Vivek Raman, percaya pemindahan Ethereum yang akan datang ini ke sistem proof-of-stake (POS) akan membolehkan ia mengambil alih posisi Bitcoin (BTC) sebagai mata wang kripto utama.

“Ethereum sebenarnya boleh, hanya dari perspektif ekonomi dan kerana kesan kejutan bekalan, peluang untuk menerbalikkan,” ujar Raman dalam temu ramah eksklusif bersama Cointelegraph.

Merge, merupakan penambah baikan yang telah lama dinantikan akan sempurnakan pemindahan Ethereum dari Proof-of-work (POW) kepada sistem proof-of-stake, akan berlaku pada September. Tambahan pula, Merge itu akan mengubah polisi monetary Ethereum, membuatkan rangkaiannya lebih menjaga alam sekitar dan mengurangkan bekalan ETH sebanyak 90%.

“Selepas Merge, Ethereum akan mempunyai inflasi yang rendah berbanding Bitcoin. Lebih-lebih lagi dengan ‘pembakaran’ tambang, Ethereum akan sentiasa deflasi manakala Bitcoin akan sentiasa inflasi, walaupun setelah dibahagi dua, purata inflasi akan menurun,” beritahu Raman.

Sementara Bitcoin mengekalkan fungsi nya sebagai emas digital, menurut Raman, Ethereum akan mempunyai “ruang penambahan luas” sebagai lapisan dasar ekonomi decentralized finance (DeFi).

Merge tidak akan mengurangkan tambang transaksi Ethereum yang tinggi, di mana merupakan isu utama yang menghalang Ethereum dari pengskalaan. Itu bukanlah satu isu besar, menurut Raman, kerana Ethereum akan bergantung pada solusi pengskalaan 2-lapisan bagi menyokong aktiviti para penggunanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *