HACKER DAPAT $1.1 JUTA SELEPAS BERJAYA MENCURI DARI PROTOCOL AUDIUS

Protokol pengstriman muzik decentralized Audius melaporkan soerang hacker telah berjaya mencuri dari ruang simpanan dana komuniti menggunakan undian perintah yang licik.

Menurut firma sekuriti CertiK, hacker tersebut berjaya mengubah beberapa konfigurasi dalam smart contract yang digunakan sistem perintah Audius. Dengan pengubahan ini, hacker itu dapat menjadi ‘penjaga’ kontrak tersebut.

Hacker itu kemudiannya terus mencipta dan meluluskan usul perintah (Proposal #85) meminta pindahan $18 juta token AUDIO dari dana simpanan komuniti. Menurut data on-chain, rancangan licik ini dijalankan pada 7pm Sabtu.

Sementara token yang dicuri ini mempunyai nilai pasaran lebih dari $6 juta, hacker itu dapat menjualnya sebanyak 705 ether ($1.1 juta) dalam slippage pasaran yang tinggi. Dana yang dicuri itu juga masih dalam alamat hacker tersebut.

Kini, Audius berkata masalah ini telah dikenal pasti dan membetulkan isu smart contract nya, dengan laporan post-mortem bakal dikeluarkan sekali. Smart contract tersebut dihentikan sementara waktu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *