FINAL FANTASY TEAM UP DENGAN POLKADOT, SERIOUS KE NI?

Penerbit permainan video yang super-popular Final Fantasy, Square Enix akan bekerjasama firma permainan blockchain Enjin untuk mengeluarkan beberapa NFT berdasarkan francais Final Fantasy.

NFT ini bukan sahaja produk digital sahaja malahan akan keluar produk fizikal nya sekali. Produk ini seperti kad permainan Trading (TCG) dan figura aksi (action figure) berdasarkan Final Fantasy VII bagi menyambut ulang tahunnya yang ke-25.

Square Enix akan mengeluarkan lima pek pertama kad TCG fizikal pada musim bunga 2023 yang akan dijual pada harga $4 setiap pek. Setiap satunya mengandungi kod bagi menebus satu kad TCG yang di mint kan oleh Enjin di Platform Efinity nya, yang dibuat atas blockchain Polkadot.

Pada November 2023, syarikat tersebut akan mengeluarkan figura aksi watak utama Final Fantasy VII, Cloud Strife. Kedua-dua figura tersebut yang dalam bentuk “digital plus” dan standard akan mengandungi kod menebus sijil pengesahan NFT , tetapi hanya “digital plus” sahaja yang akan mempunyai NFT tambahan: replika digital figura itu. Edisi standardnya akan dijual pada $130 manakala Edisi Digital Plus akan dijual pada $160.

CTO Enjin Witek Radomski memberitahu Decrypt bahawa firmanya bekerjasama dengan Square Enix beberapa tahun lepas, menjadi hos buat online guild untuk Final Fantasy XIV.

Kerjasama ini terjalin atas minat yang mendalam dalam dagangan blockchain dan NFT untuk Square Enix. Final Fantasy ini merupakan permata emas syarikat tersebut.

“Mereka sedang mencuba pelbagai teknologi blockchain:, ujar Radomski. Dia menambah Square Enix sedang mencari platform yang “boleh memuaskan semua orang”, termasuklah mengambil kira kos transaksi dan efisiensi tenaga.

Square Enix sedang menaik tarafkan blockchain dan NFT nya beberapa tahun lepas. Mereka melabur dalam permainan metaverse berdasarkan Ethereum The Sandbox pada 2020, dan awal tahun ini telah mengumumkan rancangan untuk membawa francais Dungeon Siege nya ke dunia NFT.

Firma tersebut mengeluarkan collectibles NFT di Jepun tahun lepas iaitu siri permainan Million Arthur nya, menggunakan blockchain LINE. Awal tahun ini juga, presiden Square Enix secara positifnya menyatakan potensi kebaikan NFT dan ekonomi tokenized, menunjukkan minat dengan konsep “play-to-contribute” di mana pemain boleh mendapat keuntungan dari kejayaan permainan yang dimainkan mereka itu.

Akhir-akhir ini juga, Square Enix telah pun menjual beberapa francais utama (termasuklah Tomb Raider) dan tiga studio gamenya sebanyak $300 juta, sebagai sebahagian usaha menambahkan dananya dalam industri kripto ini. Semalam, mereka mengumumkan akan menjadi pelabur buat permainan startup Bitcoin Zebedee, yang mendapat $35 juta dalam pusingan Series B.

Radomski berkata Square Enix “sangat merancang” dalam langkahnya ke arah insiatif NFT dengan Enjin, dalam percubaan menyenangkan proses bagi pemain yang baru sahaja mahu berjinak dengan NFT buat pertama kalinya. “Kalau begitu, kami akan mengeluarkan lagi produk,” ujarnya kepada Decrypt. “Ini sudah pastinya hebat”.

Enjin, yang telah bekerjasama dengan Microsoft and Samsung, lebih dikenali atas hasil kerjanya dalam ekosistem Ethereum.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *