BILAKAH KEPUTUSAN YANG AKAN UBAH MASA DEPAN KRIPTO?

Pencipta Cardano (ADA) Charles Hoskinson berkata tahun seterusnya adalah penting buat masa depan industri kripto setelah kerajaan membuat keputusan yang penting.

Semasa majlis Komuniti Cardano, Hoskinson memberitahu para hadirin bagaimana ruang kripto telah berkembang pesat sejak kemunculan Bitcoin (BTC).

“Dalam tahun 2009, Bitcoin tiada nilai. Takde siapa yang kisah. Ia sangat rapuh tidak kira lah seorang manusia atau satu entiti. Hash rate akan tetap bertambah setiap hari. Apabila mereka bercuti, mining berhenti makanya ia akan menurun secara dramatisnya. Lihatlah bagaimana rapuhnya ketika itu dan pada hari ini”.

Tetapi Hoskinson memberitahu dia menjangkakan banyak perkara akan berlaku pada industri ini dalam 12 bulan akan datang.

“Dalam 12 bulan yang akan datang ini, banyak lagi benda yang akan berlaku pada industri ini dan dalam dunia ini lebih dari apa yang telah pun berlaku 14 tahun lepas dalam ruang mata wang kripto.

Standard akan sentiasa ditetapkan, undang-undang juga dilaksanakan, keputusan akan dibuat yang pastinya menentukan cara anda gunakan mata wang kripto, siapakah penjenayah, siapa yang bukan dan kita punyai keputusan untuk dibuat – kita mahu hidup dalam dunia yang berperaturan dan bebas atau kita mahu hidup dalam dunia di mana orang lain membuatkan keputusan untuk kita?”.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *