HARMONY HILANG KeHArmoNIANNYA SELEPAS HILANG $100M?

Pasukan Harmony Protocol berkata mereka akan menawarkan ganjaran $1 juta bagi pemulangan $100 juta kripto yang dicuri disebabkan hack di Horizon bridge nya.

Harmony juga menawarkan $1 juta bagi maklumat bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku. Mereka berkata “tiada sebarang hukuman” akan dikenakan terhadap si pelaku setelah kesemua dana tersebut dipulangkan semula, seperti yang di maksudkan di Twitter mereka.

KOMUNITI KRIPTO MENCADANGKAN $1 JUTA ITU ADALAH INSENTIF YANG SANGAT RENDAH

Walaubagaimanapun, ganjaran $1 juta yang ditawarkan oleh Harmony bagi pemulangan semula dana $100 juta itu amatlah tidak munasabah pada pendapat komuniti kripto Twitter, yang percaya bahawa insentif tersebut sepatutnya lebih banyak. Berikut merupakan contoh Tweet yang di post oleh komuniti.

PENGASAS HARMONY PROTOCOL MENGENAL PASTI PRIVATE KEYS YANG DICEROBOH KEMUNGKINAN PENYEBABNYA

Di Twitter Stephen Tse, pengasas dan CEO Harmony Protocol, menerangkan pasukannya setakat ini tidak menemui sebarang bukti bahawa pencerobohan $100 juta itu disebabkan oleh smart contract yang ‘rosak’.

Tetapi mereka mengenal pasti beberapa bukti yang menunjukkan private keys yang diceroboh adalah puncanya. Dia menerangkan:

Dia menambah bahawa private keys tersebut telah di encrypt dan disimpan di Harmony menggunakan passphrase dan sistem kunci pengurusan. Tetapi, hacker itu masih dapat ceroboh masuk dan decrypt beberapa keys tersebut dan gunakannya untuk mengesahkan transaksi yang tidak dipantau, mencuri BUSD, USDC, Ethereum, and WBTC dari Horizon bridge.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *