DOGECOIN, SHIBAINU EARNING FUNCTION KENA REMOVE DI CRYPTO.COM?

Sementara bear market masih lagi berterusan, crypto.com mengumumkan Isnin ini ia akan membuang 15 mata wang kripto daripada program Crypto Earn rewards.

Dogecoin (DOGE), Shiba Inu (SHIB), Tezos (XTZ), dan FLOW adalah antara yang akan dibuang, tetapi crypto.com memasukkan Zilliqa (ZIL), Fantom (FTM), dan NEA ke dalam senarai.

Crypto.com juga mengubahsuaikan reward rate buat 5 stablecoin: TGBP, TAUD, TCAD, TUSD, dan USDP (Paxos USD), yang di mana merupakan aset digital peg kepada British Pound, Australian Dollar, Canadian Dollar, dan US Dollar. Reward rate untuk mata wang kripto yang lain seperti BitcoinEthereum, Polygon, Avalanche, dan Solana kekal sama.

Syarikatersebut tidak menyatakan dalam pengumumannya mengapa mereka membuang token-token tersebut; Decrypt telah meminta kenyataan dari mereka.

Respons terhadap berita itu adalah bercampur, dengan ramai pengguna berkata di Twitter yang “hampa betul” reward untuk Shiba Inu dan Dogecoin tidak lagi menjadi satu pilihan.

Yang lain berkatab interest rate syarikat tersebut juga sangat rendah sehingga mereka dibandingkan dengan bank tradisional. “Tak layak langsung untuk di lock up menjadi apa-apa dana!”. Seorang pemegang Bitcoin berkata.

Apabila ramai yang tidak puas hati dengan tindakan ini, masih ada yang bercanggah pendapat bahawa crypto.com sedang melakukan usaha positif ke arah ‘sustainability yang berterusan’.

Crypto Earn changes crypto.com diadakan selepas dua hari syarikat tersebut mengumumkan mereka membuang 5% staf disebabkan downturn syarikat.

Leave a Comment

Your email address will not be published.