XRP BAKAL MENANG DALAM SAMAN SEC

Pada seketikanya, tidak mengejutkan jika US Securities and Exchange Commission selalunya berpeluang memenangi kes saman. Tetapi senario itu telah bertukar dalam beberapa bulan lepas setelah Ripple menang kes demi kes. Pakar penghakiman percaya prosedur seterusnya akan membersihkan segala kegusaran yang disebabkan oleh ketidakpastian sifat XRP ini.

Pegawai community defense Ripple James K. Filan mengumumkan di Twitter bahawa tindakan US Securities and Exchange Commission (SEC) untuk menyekat telah ditolak oleh Mahkamah.

Menurut tweet itu lagi, mahkamah bersetuju dengan rungutan Ripple bahawa cubaan SEC untuk menyekat lebih dari yang sepatutnya sangatlah tidak masuk akal dan mengarahkan surat ditulis oleh SEC, menyatakan bahagian mana kah yang patut disekat dan terangkan mengapa bahagian tersebut perlu dibuat sekatan sehingga ke tahap ‘pentingnya menjaga maklumat yang akan difailkan dalam sekatan tersebut.’

TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH RIPPLE SETAKAT INI

Asalnya, ia mengambil lebih dari 5 minggu untuk dapatkan maklum balas dari Ripple Labs selepas US SEC memfailkan saman, tetapi pasukan perundangan buat innovator blockchain, dengan kerjasama CEO Brad Garlinghouse, telah mengambil tindakan berancang untuk melawan serangan SEC ke atas integriti mereka sebagai sebuah syarikat.

Garlinghouse, dari awal lagi percaya Ripple berada di pihak yang benar dan berpendapat SEC cuba mencari masalah yang tidak sepatutnya dengan seluruh industri kripto.

Hakim Sarah Netburn, Hakim utama yang menerajui kes ini, telah menerima banyak surat perundangan dari Ripple dalam dewan mahkamah itu. Ripple mengadu bahawa mereka sudah lama ingin bekerjasama dengan SEC untuk mengelakkan kes seperti pelanggaran peraturan, dan di mana SEC buat-buat “salah faham’ terhadap RFA yang diketengahkan oleh mereka, selain dari beberapa perkara lain.

KEMUNGKINAN YANG AKAN BERLAKU HASIL PERTARUNGAN KES SEC-RIPPLE

Penentuan kes 18 bulan ini akan menentukan masa depan dunia kripto dan juga sangat penting bagi pengusaha, perniagaan dan industri kripto sendiri. Jika keputusan berpihak kepada US SEC, makanya mata wang asli Ripple, XRP, akan dianggap sebagai sekuriti dan masa gelap kripto bakal berlaku.

Malahan, akan berlaku lagi pemfailan saman berterusan terhadap industri kripto lain yang di mana aset mereka akan dianggap sebagai sekuriti.

Kemenangan buat Ripple merupakan suatu berita gembira buat dunia kripto!

Leave a Comment

Your email address will not be published.