0% FEES BITCOIN, BINANCE AKAN LETUSKAN PERANG ANTARA EXCHANGER?

Pertukaran kripto utama Binance kini menawarkan perdagangan tambang sifar ke atas empat pasang spot pasaran bitcoin dan merancang untuk menambah token lain ke dalam senarai tambang sifar mereka pada masa akan datang.

“Bitcoin merupakan mata wang kripto yang pertama, yang paling dikenali dan diakui sebagai aset digital, mempunyai kapitalisasi pasaran terbesar jika dibandingkan token-token lain dan telah lama menjadi pilihan pertama pengguna kripto baru dalam ekosistem kripto,” jurucakap Binance.US memberitahu Blockworks. “Dengan langkah ini, tidak mustahil Binance.US boleh dijadikan sebagai tempat terbaik untuk pelabur kripto di Amerika Syarikat”.

Binance.US, tidak seperti kripto dan platform perdagangan ekuiti kripto Robinhood, tidak menerima spread ke atas transaksi sifar, ujar jurucakap Binance.US.

“BTC hanya lah satu dari 100 token yang disenaraikan dalam platform kami dan spot trading ialah satu servis yang kami sediakan buat pelanggan kami,” tambah jurucakap tersebut. “Kami akan teruskan pengeluaran produk dan servis baru, seperti staking yang berlaku awal bulan ini”.

Tindakan ini memberikan tekanan kepada perdagangan pertukaran kripto lain untuk mengikut jejak langkahnya, beritahu seorang ahli industri.

“Walaupun bagus untuk konsumer, tetapi perang pertukaran tambang akan berlaku antara perdagangan pertukaran US yang utama… dan akan terus mengurangkan keuntungan pertukaran ini dalam pasaran low-volume bear,” ujar Josh Olszewicz, ketua penyelidikan di firma pengurusan dana kripto Valkyrie Investments. ” Dalam pasaran yang sesak dan kompetitif, dengan volum pasaran yang signifikan, mengurangkan tambang adalah satu cara bagi menonjolkan diri dan menarik konsumer baru.”

Baru-baru ini Coinbase mengeluarkan servis langganan kepada pengguna terpilih yang membenarkan transaksi tambang sifar, tetapi had volum tetap diletakkan. Had ini boleh ditemui dalam setting individu pengguna di platform Coinbase. Langganan ini juga dijaminkan jaminan penjagaan akaun sebanyak $1 juta.

Coinbase tidak menyenaraikan nilai servis langganannya secara umum, tetapi sesetengah pengguna melaporkan tambang sebanyak $29.99 sebulan. Struktur tambang Coinbase bergantung kepada jenis transaksi, volatiliti dan likuiditi, maklum firma pertukaran tersebut.

“Kami berharap model harga kami dapat di ambil kira oleh industri dalam masa akan datang, kerana ia akan memberikan impak positif terhadap ekosistem dan peserta ekosistem itu keseluruhannya,” jurucakap Binance.US kata. “Kami gembira untuk mewakili perlumbaan tambang sifar di mana-mana.”

Objektif utama mereka adalah untuk mengekalkan pandangan kelas pertama dan dapatkan lesen-lesen yang ada supaya kami boleh sediakan servis kami di seluruh 50 negeri pada hujung tahun.

Leave a Comment

Your email address will not be published.