BILLIONAIRE MEMBELI BITCOIN & ETHEREUM?

Pengasas SkyBridge Capital Anthony Scaramucci berkata firma nya membeli Bitcoin (BTC) & Ethereum (ETH) disebabkan keruntuhan pasaran kripto.

Dalam sesi temu ramah baru-baru ini bersama CNBC, veteran hedge fund itu berkata penurunan pasaran kripto terkini meingatkan dia kepada peristiwa Mac 2020, waktu di mana saham internet jatuh teruk.

Ujarnya, banyak saham internet menurun teruk hingga sifar tetapi beberapa “permata tersembunyi” seperti Amazon selamat dan masih lagi mengaut keuntungan yang besar.

Scaramucci bersetuju bahawa aset kripto boleh turun lagi nilainya sebelum melompat semula, tetapi dia percaya Bitcoin boleh ‘membesar’ ke $100,000 “dalam 12-14 bulan akan datang”.

Tambahan pula, Scaramucci berkata, dia tidak dapat meneka apa akan berlaku pada masa depan tetapi pastinya akan ada pembangunan dan pengambilan yang besar serta banyak. Padanya, aspek positif itu masih ada tetapi keadaan pasaran kripto kini tidak berapa mengizinkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *