‘UPGRADE’ ETHEREUM AKAN BERLAKU TIDAK LAMA LAGI

Lead Devleloper Ethereum, Tim Beiko berkata semalam Merge yang sudah lama dinantikan akan berlaku antara Ogos – November, dan hanya insiden yang teruk atau perisitiwa buruk sahaja yang akan menggagalkannya tahun ini.

Dia membuat perutusan ini selepas sesi perbincangan bersama Ben Edgington, yang menyerus pengusaha-pengusaha untuk pantas menyiapkan persediaan Merge. Beika mendakwa isu-isu teknikal turut terlibat, membuatkannya mustahil untuk dapatkan tarikh tepat bagi melancarkan Merge.

“Jika kita menemukan 0 bugs, mungkin penggabungan itu tidak mustahil untuk masa-masa terdekat ini, cuma saya rasakan ia amatlah mustahil. Boleh jadi, kita akan menemui 10, atau 5 masalah yang serious? Saya tidak berasa yakin dengan perkara ini”

Walaubagaimanapun, Edgington tidak begitu menyukai anggaran yang dinyatakan, mendakwa ia “terlalu menyimpang” dari apa-apa perancangannya.

Terdapat ura-ura mengatakan pengusaha Ethereum sedang melambatkan difficulty bombnya sementara mereka membaiki bugs yang mereka temukan Reposten merge.

BILA MERGE ITU AKAN BERLAKU?

Statement ini hanya muncul setelah Vitalik Buterin menulis Merge akan berlaku antara Ogos dan Oktober. Buterin memberitahu ada risiko tundaan nanti.

Merge ini asalnya akan berlaku pada bulan Jun, tetapi pengusaha menundanya. Sejak itu, terdapat khabar mengatakan Merge itu lambat laun akan berlaku juga. Walaubagaimanapun, terdapat pengusaha mendakwa terlalu banyak tekanan ke atas perkara ini.

Walaupun penundaan tersebut tidak dapat dielakkan, proses ke arah Merge itu diteruskan seperti dirancang. Salah satu testnet ke atas Ethereum yang penting iaitu Reposten, menyelesaikan Mergenya beberapa hari yantg lepas pada Jun 8.

Diikuti juga rantaian beaconnya pada Mei 30,. Dengan Merge Reposten yang berlaku dengan jayanya, dengan persamaan mainnet Ethereum yang banyak, kemungkinan untuk merge tersebut semakin hampir.

Menurut Beiko, giliran merge Goerli testnet selepas ini, dan ia akan ada dress rehearsal terlebih dahulu sebelum Merge mainnet dimulakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.