CRYPTO WINTER MASA TERBAIK UNTUK HIRE & EXPAND

Binance mengumumkan rancangannya untuk meluaskan pengaruhnya dengan pengambilan dan mengambil peluang keemasan yang ada.

Binance CEO Thinks Crypto Winter Is Best Time to Hire and Expand

Chanpeng Zhao, CEO Binance menceritakan perancangan nya untuk mengukuhkan struktur pekerjanya dengan pengambilan baru walaupun masih lagi dalam posisi tidak enak dalam pasaran.

Ujarnya, Binance sebenarnya berada dalam “keadaan yang sangat stabil” dan “kami sudah dalam perancangan untuk mengambil pekerja baru”. CEO itu memberitahu juga meluaskan jumlah pekerja bukan sahaja agenda Binance buat masa sekarang, kerana ia akan masuk ke fasa aktiviti penambahan merger dan acquisition.

Keputusan Binance untuk meluaskan lagi firma nya di tengah-tengah kemelut crypto winter sudah pasti membuatkan ramai bingung tetapi Zhao mendakwa alasan kuat untuk mengapa posisi firmanya dari segi kewangan kukuh adalah disebabkan “berjimat” dan tidak berbelanja banyak untuk strategi pemasaran seperti beberapa pesaingnya. Dahulu, firmanya menghabiskan ribuan wang untuk mendapatkan Super Bowl Ads dan hak penamaan ke atas venue sukan .

“Semasa bull market, semua orang sedang memulakan projek sendiri, semua sedang membayar pampasan yang mengarut”, ujar Zhao. “Jika kita dalam crypto winter, kita akan menggunakan saat ini sebagai kekuatan, dan meneruskannya sebagus mungkin”.

Dilihat halaman karier di laman sesawang Binance, menunjukkan pembukaan peluang pekerjaan baru dalam bahagian Business Development, Communications, Customer Support, Data and Research, and Quantitative Strategy spread bagi beberapa buah negara seluruh dunia.

Firma ini juga merancang untuk membaiki strategi pelaburan $200 dolar yang dilaburkan bersama Forbes awal tahun ini, dengan Zhao meminta ‘pemain utama’ dalam industri ini untuk berhati dalam mengambil risiko yang tidak dijangka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *