CELSIUS: PENGELUARAN & PEMINDAHAN DIHENTIKAN SEMENTARA

Platform pinjaman kripto diumumkan pada malam Ahad, Jun 12, yang ia akan menghentikan sementara pengeluaran, penukaran dan pemindahan antara akaun di platform nya disebabkan “keadaan pasaran yang semakin ekstrim”.

“Kami akan mengambil tindakan hari ini untuk meletakkan Celsius dalam posisi yang lebih baik untuk martabatnya, pada masa akan datang iaitu kewajipan pengeluarannya”, firma tersebut berkata dalam blog mereka.

Celsius berkata keputusannya untuk menghentikan sementara pengeluaran transaksi adalah demi “menstabilkan liquiditi dan operasi”.

“Terdapat banyak kerja yang harus dilakukan sambil kita melihat pilihan lain , proses ini akan mengambil masa dan akan ada penundaaan”, rangkaian itu menambah.

Pengumuman ini seiring dengan penurunan nilai cryptocurrency minggu lalu dan dakwaan di media sosial yang pasaran kripto sedang mengalami kemerosotan liquidity. Tidak diketahui pula jika platform lain mempunyai masalah yang serupa.

Token asli Celsius CEL, telah menurun nilainya disebabkan kerisauan terhadap prestasi platform tersebut telah meningkat. Token tersebut turun lebih dari 60% iaitu $0.36 ke $0.14 antara 10pm dan 11:30pm ET pada Ahad Jun 12 menurut laporan Blockworks Research.

Leave a Comment

Your email address will not be published.