LUNA 2.0 JUNAM KE 77% DALAM 2 MINGGU

Dua minggu setelah ekosistem Terra bermula semula melalui airdrop LUNA 2.0, coin tersebut telah mengalami kejatuhan nilainya ke bawahan yang baru selepas harganya menjunam sebanyak 77%. Menurut Coingecko data, coin itu kini didagangkan pada $4.33.

Walaupun keseluruhan prestasi pasaran crypto memainkan peranan penting dalam penurunan ini, level FUD sekitar coin baru tersebut layak berada dalam perhatian.

Kepercayaan terhadap ekosistem baru itu rendah setelah pelbagai spekulasi tentang peranan Do Kwon berleluasa dalam penciptaan rangkaian Terra.

Spekulasi tersebut menemui jawapannya apabila ‘orang dalam’ Terra, FatMan mendakwa Do Kwon dan Terraform Labs menipu tentang mencipta rangkaian baru berasaskan komuniti. Dia berkata “TFL memiliki 42M LUNA, berjumlah hampir $200m.”

Dia juga mendakwa Kwon sangat aktif dalam aktiviti pelancaran semula ini dan telah mengunakan pegangan nya kepada LUNA untuk mendapatkan sokongan hard fork, yang ber kontra dengan desakan komuniti yang mahukan dia membakar token tersebut.

Walaubagaimanapun, kesemua kenyataan ini masih lagi perlukan pengesahan, tetapi ia cukup menimbulkan kegusaran dalam hati yang menyebabkan penjualan besar-besaran token. Keputusan Do Kwon untuk private kan Twitter nya mungkin menambahkan lagi masalah kepada isu yang berkaitan ekosistem ini.

Dakwaan ini bukanlah yang pertama di buat oleh FatMan terhadap Do Kwon. Beberapa hari lepas, dia berkata bahawa Kwon boleh berada di tahap teratas disebabkan nepotisme.

Menurutnya, Kwon menjadi popular setelah memenangi geran $550,000 Infobank untuk startup pertamanya, Annify. Tetapi menyoal hal itu kerana bagaiman dia boleh mendapatkan geran sedangkan startup tersebut tiada produk langsung ketika itu. Tambahnya, Kwon mendapatkan pembiayaan tersebut melalui Infobank.

Manakala, Pihak Berkuasa Penguatkuasaan Undang-Undang Korea Selatan dilaporkan sedang menyiasat pekerja Terraform Labs atas dakwaan penyelewengan Bitcoin kepunyaan syarikat tersebut.

Selain itu, pihak berkuasa juga ingin tahu jika Do Kwon tahu masalah ini akan berlaku.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *