LEBIH $70 BILLION INFLOW CRYPTO MARKET DALAM 24 JAM

Over $70 billion inflows crypto market in 24 hours as Bitcoin breaks resistance at $31k

Selepas berminggu-minggu pergerakan harga yang tidak stabil, pasaran mata wang kripto telah bertukar hijau, dengan Bitcoin ( BTC ) mendahului caj pemulihan dengan menunjukkan tanda-tanda penstabilan melebihi paras penting $30,000. 

Pergerakan harga positif jangka pendek Bitcoin mempengaruhi pasaran cryptocurrency umum, yang telah menarik aliran masuk modal sebanyak $70 bilion dalam 24 jam yang lalu, satu petunjuk yang positif bahawa keyakinan pelabur mungkin meningkat.

Sehingga 6 Jun, jumlah permodalan pasaran kripto berjumlah $1.29 trilion, pertumbuhan sebanyak 5.7% daripada 24 jam terakhir apabila nilainya berjumlah $1.22 trilion mengikut data CoinMarketCap. 

Secara keseluruhan, paras pasaran telah kehilangan kira-kira $1.6 trilion daripada paras tertinggi sepanjang masa yang dicatatkan pada November tahun lepas. Sepanjang tempoh tersebut, permodalan pasaran telah menjunam lebih 55%. 

Selain itu, jumlah volum dagangan mata wang kripto juga telah meningkat lebih 44% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Sehingga 5 Jun, nilainya berada pada $42.7 bilion beralih kepada $61.8 bilion pada 6 Jun. 

BITCOIN MELEPASI $31,000

Selepas percubaan untuk mengekalkan nilainya sekitar $30,000, Bitcoin telah berjaya menembus halangan, didagang pada $31,300 dengan peningkatan sebanyak 6% dalam 24 jam lalu. Cryptocurrency utama ini telah melihat peningkatan 2% dalam tujuh hari lepas.

Untuk Bitcoin memuncak ke trajektori tertinggi, sesetengah penganalisa crypto berpendapat aset perlu di flip kan level $30,300 untuk mencipta pertumbuhannya. Seperti yang dilaporkan oleh Finbold, pakar crypto trading Michaƫl van de Poppe menyatakan bahawa jika Bitcoin flip kan levelnya, ia adalah dalam posisi yang bagus untuk mara ke $31,800.

Walaupun terdapat sedikit kejatuhan nilai cryptocurrency, institusi dan pakar telah mengekalkan pandangan kendiri bullish. Contohnya, menurut Mike McGlone, senior commodity strategist di Bloomberg Intelligence, percaya cryptocurrency akan melangkaui semua kelas-kelas aset yang lain setelah bear market mulai cool down.

Beliau juga percaya bahawa Bitcoin akanq berdagang pada $100,000 pada 2025.

Leave a Comment

Your email address will not be published.