14 CRYPTO PERTAMA YANG DISENARAIKAN DI COINMARKETCAP

Cryptocurrency berterusan meningkat popularitinya dan penerimaan yang luas sebagai alternatif yang sah kepada aset tradisional, di mana lebih banyak mata wang digital akan muncul di pasaran setiap tahun.

Difahamkan senarai cryptocurrency yang ditemui di CoinMarketCap telah diluaskan hampir lebih 8,000 entri pada 2021, sementara di Mac 2022 sahaja, lebih 700 cryptocurrency dan 30 pertukaran crypto telah muncul.

Walaubagaimanapun, website itu bukan selalunya ada senarai lengkap cryptocurrency yang disenaraikan di bawah beberapa kategori seperti DeFi, gaming, metaverse dan lain-lain lagi. Menurut data yang diterima oleh Finbold menggunakan web archive tool padab June 6, 2022, terdapat 14 cryptocurrency yang berlainan disenaraikan CoinMarketCap.com pada May 9, 2013.

Antara yang pertama sekali disenaraikan adalah nama-nama yang sudah popular di kalangan investor crypto pada hari ini dan yang dikenali juga oleh peminat baru dan veteran yang mungkin ada sesetengahnya tidak begitu terkenal. Antaranya ialah, Bitcoin (BTC), Litecoin (LTC), PPCoin, Namecoin, Feathercoin, Terracoin, Devcoin, Freicoin, Novacoin,  CHNCoin, BBQCoin, Mincoin, BitBar dan Ixcoin.

Pelancaran CoinMarketCap pada 2013

CoinMarketCap telah dilancarkan oleh Brandon Chez pada tahun 2013 dan sekarang dikenali sebagai salah satu website yang popular dijadikan platform bagi memantau nilai cryptocurrency.

Pada ketika website tersebut baru sahaja dilancarkan, nilai Bitcoin telah di trading kan pada $111.87 dengan market cap sedikit melebihi $1.2 billion. Begitu jauhnya nilai dari Bitcoin sekarang di mana nilai pasarannya telah mencecah melebihi $31,000 dan market cap yang bernila $598 billion.

Yang popular dalam senarai tersebut adalah Litecoin, yang di trading kan pada nilai $3.38 pada ketika itu dan Terracoin, di trading kan pada $0.46 sebagai sebahagian Terra (LUNA) ekosistem, yang telah jatuh secara dramatisnya dalam pasaran sekarang.

Ketika ini, sebanyak 19, 746 cryptocurrency telah disenaraikan di CoinMarketCap.

Leave a Comment

Your email address will not be published.