SOLANA TERHENTI OPERASINYA LEBIH 6 JAM

Rangkaian yang terkenal dengan kelajuan transaksi yang tinggi pada masa ini tidak memproses sebarang pemindahan.

Rangkaian Solana sekali lagi mengalami masalah teknikal, menyebabkan rantaian blok menghentikan pengeluaran dan pemprosesan transaksi. Selepas beberapa jam, pasukan mereka telah mengenal pasti masalah tersebut dan sedang menyelaraskan permulaan semula rangkaian di kalangan validators.

  • Menurut block explorer SOLANA, Solana Beach, satu transaksi telah tidak diproses selama 6 jam 40 minit, pada masa penulisan ini.
  • Solana Status melaporkan masalah tersebut ke Twitter kurang dari 3 jam yang lepas dan memanggil semua validators sebagai persediaan untuk rangkaian tersebut mula semula.

  • Kemudian, pasukan itu telah menemui punca masalahnya: “Terdapat bug di durable nonce transaction feature yang membawa ke nondeterminism apabila node yang dihasilkan mengeluarkan keputusan yang berbeza untuk block yang sama, ini akan menghalang rangkaian Solana dari bergerak”, terang mereka.

  • Untuk menyelesaikan masalah ini, jurutera-jurutera sedang menyediakan update yang akan menghentikan durable nonce transaction feature buat sementara waktu, sehinggalah patch yang lengkap dikeluarkan,

  • Buat masa ini, semua rangkaian dana selamat, tetapi semua transaksi tidak dapat diproses kerana tiada block diwujudkan. Block ialah satu data unit yang di mana transaksi baru akan dimnasukkan ke lejer cryptocurrency pada masa tertentu.

  • Pada September lepas, Solana telah mengalami masalah yang sama disebabkan “kekurangan sumber” yang mneyebabkan penolakan servis di seluruh rangkaiannya.

  • Di Januari pula, rangkaian ini sekali lagi mengalami slowdown yang teruk disebabkan kemasukkan tinggi “high compute transaction” menyebabkan yang lain gagal. Malah bula lepas sahaja, jutaan transaksi NFT telah menyebabkan rangkaian tersumbat dan jatuh lagi.

  • Selalunya, SOLANA turut dikenali kerana mengandungi 50,000 tps dan ke atas, memastikan transaksi lancar dan murah jika dibandingkan dengan rangkaian alternatif yang lain.

  • Kontrasnya, Ethereum juga menyaksikan jutaan transaksinya yang gagal-tapi-berbayar pada bulan-bulan sebelum ini, disebabkan gas fees yang tinggi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *