Deepfake video Elon Musk nampaknya viral lagi kat internet, untuk perangkap crypto holder dalam skim “cepat kaya” dan dalam masa yang sama ambil deposit mereka, Bleeping Computer melaporkan.
Sebelum ini, Twitter account Elon Musk yang palsu juga dijadikan sebagai scam mencuri crypto coin sebanyak $580,000 dalam masa seminggu!
Kali ini, dalam website yang dipanggil sebagai Bitvex, deepfake video itu memaparkan Musk berkata dia telah melaburkan $50 juta di platform (Bitvex) tersebut. Website tersebut mendakwa Musk ialah CEO organisasi itu dan menggunakan imej profil Musk sebagai pengesahan.
Bitvex dipercayai telah melakukan beberapa scam yang melibatkan orang-orang ternama dunia crypto dan juga menularkan video deepfake fans diehard cryptocurrency bagi mengalihkan traffic ke website mereka.
Didapati dalam kod website Bitvex juga, penggunaan JavaScript telah digunakan untuk mencipta nilai-nilai pengeluaran yang kononnya di keluarkan oleh pengguna lain, secara rawak setiap kali page website tersebut di refresh.
Dilaporkan juga banyak akaun YouTube telah di hack bagi promosikan video-video ini. Oleh itu, sentiasa amalkan langkah berjaga –jaga jika terjumpa scam seperti ini ya!