NFT Permohonan Kerja McDonald’s Ini Berjaya Raih RM218,700 Dalam Tempoh 24 Jam

Sudah menjadi satu tabiat buat pengguna internet untuk membuat bahan jenaka atau lebih dikenali sebagai meme apabila berlaku sesuatu hangat di dunia. Perkara ini juga tidak terkecuali untuk dunia cryptocurrency dan NFT yang menjadi bualan mulut di seluruh dunia.

Terbaharu, seorang pedagang kripto menjadikan kerugian yang dihadapi oleh kerana nilai kripto yang menurun secara mendadak dengan bahan jenaka di mana beliau perlu memohon kerja di rangkaian makanan segera McDonald’s. Beliau kemudiannya mentokenkan permohonan perkerjaan McDonald’s tersebut sebagai NFT.

\"\"

SUMBER GAMBAR: CYPTOPOTATO

Dalam usaha meraih keuntungan, beliau telah menyenaraikan NFT tersebut pada platform OpenSea. Difahamkan koleksi ini mengandungi 1,111 permohonan di mana 1,000 permohonan ditawarkan secara percuma manakala 111 lagi ditawarkan dengan harga serendah 0.01 ETH (~RM102).

Siapa sangka, NFT beliau berjaya mendapat sambutan di mana harga lantai bagi NFT ini sudah berjaya mencecah 0.019 ETH (RM195). Malah, sewaktu artikel ini ditulis, jumlah dagangan sebanyak 21.3 ETH telah berjaya diraih dengan nilai pertukaran sekitar RM218,700 dalam tempoh 24 jam sahaja.\"\"

SUMBER: OPENSEA

Untuk pengetahuan, NFT ini tidak berkait dengan organisasi McDonald’s dan hanyalah jenaka untuk mengurangkan kerisauan para pemain kripto ketika ini. Namun begitu, McDonald’s sebelum ini sudah pun melancarkan NFT pertama mereka untuk menyambut ulang tahun ke-40 menu McRib’s mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *