Analisis Semasa WazirX – WRX mencari momentum untuk Rally

Ciri ciri pasaran mata wang kripto yang tidak menentu pada 2 Dis selepas beberapa berita dunia tentang varian baru covid-19, harga Bitcoin merosot kembali ke bawah $57,000.

Walaupun tekanan dikenakan ke atas kebanyakan mata wang kripto terkemuka, beberapa altcoin telah berjaya mengatasi arah aliran dan mencatatkan keuntungan yang tinggi. Dalam pasaran bearish seketika namun WazirX berjaya membawa peningkatan harga.

WazirX mendapat manfaat daripada menyenaraikan token baru di exchanger nya.
WazirX ialah pertukaran mata wang kripto yang berpangkalan di India mendakwa sebagai pertukaran yang paling pesat berkembang dan paling dipercayai di negara itu.

Data daripada TradingView menunjukkan bahawa selepas mencecah paras terendah $1.07 pada 28 November, harga WRX melonjak 74% untuk mencapai paras tertinggi harian sebanyak $1.87 pada 2 Dis kerana volum dagangan 24 jamnya melonjak 630% kepada $432 juta. Kini semasa penulisan WRX berada diparas $1.50

\"\"/

Carta 4 jam WRX/USDT. Sumber: TradingView
Kenaikan harga WRX datang apabila bursa itu menyenaraikan token baharu, termasuk token metaverse popular seperti Gala (GALA) dan Cocos-BCX (COCOS).

Resistance utama : $1.75
Support utama : $1.25

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *